TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

AGC tangguh pelaksanaan tahanan di rumah Najib Razak susulan kekeliruan interpretasi undang-undang

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 6 Nov. – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan bahawa pelaksanaan perintah tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajar ditangguhkan buat sementara waktu sehingga penelitian serta penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat diselesaikan sepenuhnya.

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan media menjelaskan bahawa tindakan penangguhan itu dibuat selepas mengambil maklum berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026 yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim.

Keputusan terbabit dibuat susulan timbulnya persoalan perundangan yang kompleks berhubung frasa "menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta" serta kesannya terhadap baki hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Keadaan berkenaan menimbulkan dua interpretasi utama yang memerlukan penelitian khusus, sama ada pembayaran denda RM50 juta itu sekadar memenuhi komponen denda bagi menjadikan tahanan di rumah sebagai kaedah alternatif, atau merupakan syarat yang menganggap keseluruhan hukuman kes SRC International telah selesai.

Isu perundangan terbabit turut melibatkan kesan Order of Discharge on Payment of Fine bertarikh 6 November 2026 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengarahkan pendaftar melepaskan beliau serta-merta, namun pada masa sama menetapkan baki hukuman dijalankan secara tahanan di rumah.

Selain itu, status baki hukuman kes SRC International berkenaan turut mempunyai implikasi terus terhadap pelaksanaan hukuman penjara bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditetapkan oleh mahkamah untuk bermula sejurus selesai hukuman kes SRC International, di samping mengambil kira permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) bagi kes 1MDB yang telah ditolak pada 14 Oktober 2026.

Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa penangguhan sementara ini sama sekali tidak bertujuan untuk mempertikaikan atau mengetepikan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah perundangan bagi memastikan perintah mahkamah serta titah baginda dilaksanakan secara tepat, teratur, dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar.

Menerusi tempoh penangguhan berkenaan, status penahanan Najib Razak hendaklah dikekalkan di tempat tahanan sedia ada dan tertakluk di bawah kuasa serta arahan pihak berkuasa yang berkenaan sehingga penjelasan muktamad diperoleh. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset