TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Suspek tetak polis hingga putus tangan mati ditembak di Gombak

By
|
Kongsi
image

GOMBAK, 12 Nov. – Seorang lelaki warga asing yang dipercayai menetak pergelangan tangan kanan seorang anggota polis hingga putus maut selepas ditembak pihak polis di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa suspek terpaksa ditembak selepas bertindak meluru dan menyerang anggota menggunakan dua bilah parang dalam usaha polis mempertahankan diri serta membuat tangkapan.

Suspek yang cedera akibat tembakan berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Terdahulu, sepasukan anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan orang awam berhubung seorang lelaki yang berada dalam keadaan tidak stabil dan mengamuk.

Sewaktu pintu premis dibuka, suspek secara tiba-tiba meluru keluar lalu menyerang pasukan penyelamat sehingga menyebabkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun dari IPD Gombak terputus pergelangan tangan kanan, selain turut mencederakan petugas bomba dan KKM.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala siasatan lanjut serta proses bedah siasat ke atas mayat suspek masih dijalankan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset