TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Gangguan Microsoft 365 berpunca daripada pelayan gagal berfungsi secara tiba-tiba, bukan trafik tinggi

By
|
Kongsi
image

ISTANBUL, 13 Nov. – Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau disahkan berpunca daripada sejumlah pelayan yang gagal berfungsi secara tiba-tiba, bukannya disebabkan oleh peningkatan trafik pengguna sebagaimana andaian awal.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, kemas kini terbaharu akaun rasmi Microsoft 365 Status di platform X menjelaskan bahawa kegagalan mengejut pelayan-pelayan tersebut telah mencetuskan beban tambahan ke atas baki infrastruktur syarikat yang masih beroperasi.

Insiden yang dikenal pasti di bawah kod rujukan EX1550543 dan MO1550821 itu menjejaskan akses kepada peti mel Exchange Online serta beberapa rangkaian perkhidmatan Microsoft 365 yang lain menerusi pelbagai kaedah capaian.

Sebagai langkah pemulihan segera, Microsoft memaklumkan pihaknya telah menghentikan sementara semua pelaksanaan kemas kini sistem, mengalihkan aliran trafik daripada infrastruktur terjejas, serta memulakan semula pelayan berkaitan bagi menstabilkan semula operasi dengan selamat.

Data daripada laman pemantau gangguan perkhidmatan, Downdetector, merekodkan lebih 97,000 laporan masalah membabitkan Outlook, lebih 38,000 aduan berkaitan Microsoft 365, dan sekitar 4,500 laporan mengenai Microsoft Teams di Amerika Syarikat (AS).

Microsoft turut menasihatkan para pengguna untuk terus merujuk laman web status perkhidmatan serta pusat pentadbiran Microsoft 365 bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pemulihan penuh sistem berkenaan.

+ - reset