Berita Dunia
'Macam tragedi di Nepal', empangan Pakistan runtuh lagi
ISLAMABAD 11 NOVEMBER – Air dari takungan Empangan Tarbela tiba-tiba meluru masuk ke dalam kawasan pembinaan apabila benteng pelindung di projek hidroelektrik Tarbela-5 runtuh pada Isnin.
Rakaman video tular memaparkan gumpalan debu tebal bercampur lumpur menerjah dari lereng bukit, manakala sekumpulan pekerja bertopi keselamatan kelihatan berlari menjauhi lokasi.
Kejadian itu berlaku di Terowong-5 bagi Projek Hidroelektrik Lanjutan Ke-5 Empangan Tarbela berkapasiti 1,530 megawatt (MW).
Kontrak kerja diberikan kepada syarikat China, Power Construction Corporation of China Limited (PCCCL).
Pihak berkuasa mengisytiharkan darurat dan mengarahkan semua pekerja berpindah ke kawasan lebih selamat.
Setakat ini, laporan yang diperoleh tidak menyebut sebarang angka korban.
Ini bukan kali pertama projek berkenaan dilanda masalah kerana sejak 2025, ia menyaksikan insiden besar kedua selepas sebuah kolam tahanan sementara (cofferdam) runtuh sebelum ini.
Pada Julai lalu, sebuah jawatankuasa siasatan bebas yang dibentuk Pihak Berkuasa Pembangunan Air dan Tenaga Pakistan (WAPDA) menyiapkan laporan setebal 15 halaman.
Dokumen itu, yang diperoleh akhbar Pakistan, Dawn, mengenal pasti perubahan reka bentuk tanpa kebenaran selepas kontrak diberikan sebagai punca utama keruntuhan.
Jawatankuasa tiga anggota itu menyatakan insiden itu berlaku susulan beberapa cara kerja di luar kontrak serta pelanggaran syarat yang melibatkan ketiga-tiga pihak berkepentingan.
Menurut siasatan, kontraktor mencadangkan pindaan reka bentuk yang tidak dibenarkan di bawah kontrak.
Jurutera perunding pula menerima kelemahan reka bentuk itu secara bersyarat tanpa memastikan pematuhan teknikal.
WAPDA kemudian meluluskan perubahan berkenaan ketika pembinaan hampir siap, tanpa menyemak sama ada ia sah dari sudut kontrak atau mempunyai kelemahan teknikal.
Laporan itu menjelaskan PCCCL mengusulkan penggantian reka bentuk asal dengan struktur timbunan batu, yang disifatkan sebagai pilihan lebih lemah, di seluruh tapak projek termasuk pada bahagian saluran.
Struktur yang diubah suai itulah yang akhirnya runtuh.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 3:26 pm
Belum bayar pampasan pada penduduk kampung, lelaki nekad robohkan bangunan kerajaan
November 9, 2026, 4:32 pm
'Boleh bawa masuk 2 sahaja', 58 iPhone dari Malaysia dimusnahkan di Indonesia
November 6, 2026, 12:31 pm
Presiden Paraguay letak jawatan selepas kejatuhan bank digital bekukan akaun jutaan rakyat
November 5, 2026, 10:16 am
Anggota polis maut terkena bilah kipas pesawat
November 2, 2026, 9:58 am
'Macam dalam movie', 9 nyawa melayang lepas jet peribadi terhempas menyembah bumi
October 30, 2026, 10:42 am
Hujan berterusan, 'cyclone' Arnab punca air dari tanah naik di Thailand
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
