Berita Berita
Tun M muncul buat kali pertama di khalayak selepas pemergian Tun Hasmah, berkerusi roda hadir perhimpunan Pejuang
SHAH ALAM 15 Nov – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menghadiri acara politik buat pertama kali sejak kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali pada 28 September lalu.
Negarawan berusia 101 tahun itu hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2026 Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada Ahad.
Ketibaan beliau kira-kira jam 11.37 pagi menarik perhatian perwakilan dan pemerhati politik, khususnya selepas beberapa acara sebelum ini terpaksa dilepaskan berikutan keadaan kesihatannya.
Dr Mahathir yang masih menggunakan kerusi roda turut dilihat bersalaman dan beramah mesra dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN) serta perwakilan yang menghadiri perhimpunan berkenaan.
Sebelum hadir ke acara itu, beliau dipercayai sempat menziarahi pusara Allahyarham isterinya di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Pemergian Tun Hasmah pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, menyaksikan Dr Mahathir kehilangan teman hidup yang mendampinginya selama 70 tahun sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.
Susulan kehilangan itu, Dr Mahathir turut dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemerhatian kesihatan.
Pada 26 Oktober lalu, beliau dilaporkan tidak dapat menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kerana keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.
Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika itu memaklumkan bapanya sudah menyiapkan teks ucapan dan berhasrat menyampaikannya sendiri, namun terpaksa membatalkan kehadiran atas faktor kesihatan.
Mokhzani kemudiannya membacakan teks ucapan berkenaan bagi pihak bapanya.
Kemunculan semula Dr Mahathir pada perhimpunan Pejuang kali ini sekali gus menjadi perhatian selepas beliau melalui tempoh kehilangan insan tersayang dan berdepan masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu.
Berita berkaitan
November 15, 2026, 5:21 pm
KESUMA, HRD Corp salur bantuan hampir RM1 juta bantu 1,500 mangsa banjir di Sungai Buloh
November 15, 2026, 4:55 pm
PERKESO salur RM20.23 juta menerusi LINDUNG 24 Jam, lebih 12,000 pencarum dan waris terima manfaat
November 15, 2026, 4:17 pm
BN-PN menang PRN Melaka, esok diisytihar cuti khas negeri
November 15, 2026, 3:01 pm
‘Dulu pecat orang, sekarang sendiri dipecat’ – Tun Mahathir sindir musuh politik
November 15, 2026, 12:37 pm
Kuasa viral akhirnya tumpas 'ulat parkir’ di MRT Maluri
November 15, 2026, 12:06 pm
Penolong Jurutera JKR maut terkena kabel ketika selenggara jalan di Gerik
November 15, 2026, 11:39 am
PRN Melaka: DAP pertahan empat kerusi bukti parti masih dapat sokongan pelbagai kaum
November 15, 2026, 10:16 am
