Berita Berita
2,346 anak Pahang terima subsidi pengurangan bayaran balik PTPTN
KUANTAN, 20 Nov. – Seramai 2,346 anak Pahang dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Subsidi Pengurangan Pembayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Pahang 1st dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta pada tahun hadapan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif berkenaan dikhususkan kepada para graduan anak jati negeri ini yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah pertama bagi meringankan beban kewangan mereka dalam melunaskan pinjaman pendidikan.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Menurut beliau, selain bantuan pelunasan pinjaman pendidikan, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM3 juta bagi memperkukuh Akademi Pahang 1st serta RM2 juta lagi untuk sumbangan komputer riba kepada anak Pahang yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Dalam usaha meluaskan pembangunan bakat dan inovasi, sejumlah RM3.47 juta disediakan melibatkan RM2 juta bagi Program Pahang Lead 2027, RM1 juta untuk Geran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Pahang, RM370,000 bagi Anugerah Kecemerlangan Sekolah Pahang 1st, serta RM100,000 untuk Pertandingan Inovasi Kecerdasan Buatan (AI) Antarabangsa.
Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM16.3 juta bagi pembangunan kampus dan geran mengurus Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), di samping RM2 juta menerusi Biasiswa Inisiatif Bantuan Negeri Pahang yang diagihkan masing-masing RM1 juta kepada UNIQSAAS dan UCYP University bagi Pusat Bahasa Tamil serta Mandarin.
Bagi memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Wan Rosdy memaklumkan bahawa kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM2.2 juta untuk pembiayaan pembangunan Pahang Skills serta RM1 juta menerusi biasiswa negeri bagi program TVET Talent Development. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
