Berita Berita
'Pandai-pandailah baca keadaan' - Young Syefura tegur Khoo campur tangan dalam hal Melayu Islam, urusan negeri lain
KUALA LUMPUR 20 Nov - Pemimpin DAP, Young Syefura Othman menegur tindakan mencampuri hal ehwal Melayu dan Islam serta urusan pentadbiran negeri lain, sambil mengingatkan bahawa tindakan itu boleh menyebabkan masyarakat semakin menjauh.
Dalam hantaran di Threads, beliau menggesa pihak yang ditegurnya supaya memahami keadaan sebelum mencampuri urusan berkenaan.
“Hal Melayu Islam nak dicampuri, urusan negeri orang pun nak diatur. Pandai-pandailah baca keadaan.
“Kalau setiap kali masuk campur, orang makin menyampah dan makin menjauh mungkin dah tiba masa belajar jaga urusan sendiri,” katanya.
Young Syefura tidak menamakan mana-mana individu dalam hantaran itu.
Teguran tersebut bagaimanapun dikaitkan dengan tindakan seorang Ahli Parlimen yang membangkitkan isu penutupan premis perniagaan pada waktu solat Jumaat di sebuah negeri di Pantai Timur.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
Kemenangan untuk balu, mahkamah batal saman ibu mentua, abang ipar tuntut hibah RM1 juta
November 20, 2026, 5:13 pm
