Berita Berita
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
KUALA LUMPUR 20 Nov – Lima pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan 96.6 kilogram (kg) bahan disyaki dadah di Pangkalan Udara Subang, Selasa lalu.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata bahan itu ditemukan oleh anggota TUDM di bangunan Seksyen Pergerakan Udara (AMS) di pangkalan berkenaan.
“Pemeriksaan awal mendapati bagasi yang mencurigakan itu tidak mempunyai pelekat saringan keselamatan yang menunjukkan ia sudah melalui pemeriksaan keselamatan yang diwajibkan.
“Pemeriksaan lanjut oleh anggota Pasukan Pertahanan Darat TUDM (Handau) menggunakan mesin pengimbas berjaya mengesan beberapa bungkusan mencurigakan yang disusun dengan kemas di dalam bagasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazlan berkata, TUDM tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pembabitan anggotanya dalam penyeludupan dan pengedaran dadah, khususnya yang membabitkan pesawat serta aset ketenteraan, tanpa mengira pangkat atau jawatan.
“TUDM sudah mengambil tindakan segera susulan penemuan itu, termasuk menahan individu yang disyaki terbabit, memaklumkan kepada pihak polis serta menyerahkan mereka kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk siasatan lanjut.
“TUDM akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya.
Terdahulu, seorang koperal berusia 28 tahun dan seorang pegawai waran II berusia 48 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah yang disyaki membabitkan penggunaan pesawat tentera.
Majistret Don Stiwin Malanjum mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Tawau pagi tadi selepas polis menahan kedua-duanya dalam operasi awal pagi.
Penahanan mereka dipercayai berkait dengan siasatan terhadap sindiket pengedaran dadah yang menyaksikan polis merampas 96.64 kg syabu bernilai RM4.83 juta. Lima pegawai TUDM dan enam orang awam turut ditahan dalam siasatan berkenaan.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
Kemenangan untuk balu, mahkamah batal saman ibu mentua, abang ipar tuntut hibah RM1 juta
November 20, 2026, 5:13 pm
