Berita Berita
'Kepada rakyat Malaysia, ini adalah perangai sebenar pemimpin DAP' - Dr Akmal 'sound' Poay Tiong berhubung penutupan premis ketika solat Jumaat
KUALA LUMPUR 20 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, membidas Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, yang membangkitkan kebimbangan bahawa penutupan sementara premis perniagaan ketika solat Jumaat di Terengganu boleh menjejaskan peniaga bukan Islam.
Dr Muhamad Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata tempoh penutupan dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat bertujuan memberi ruang kepada pekerja Islam menunaikan solat Jumaat. Menurutnya, kira-kira 97 peratus penduduk Terengganu beragama Islam.
"Solat Jumaat adalah wajib kepada lelaki beragama Islam yang ditunaikan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.
"Tempoh ini tidak lama dan tujuannya untuk beri kebenaran untuk solat Jumaat, bukannya bagi rehat serta tidur," katanya menerusi hantaran video di media sosial hari ini.
EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka itu berkata peraturan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkenaan hanya terpakai kepada premis perniagaan orang Islam.
"Premis bukan Islam yang tiada pekerja Islam tidak ada masalah untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh terbabit.
"Sebelum kamu nak bercakap, tolong guna otak dan fahami sensitiviti orang Islam.
"Sebagai Ahli Parlimen, kamu patut tahu kenapa sepanjang tempoh itu premis perniagaan masyarakat Muslim tutup (sementara).
"Jadi kepada rakyat Malaysia, ini adalah perangai sebenar pemimpin DAP.
"Sama-sama kita fikirkan dan zahirkan nanti di atas kertas undi," katanya.
Terdahulu, Poay Tiong, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, berkata pelaksanaan arahan penutupan selama dua jam itu secara menyeluruh boleh menjejaskan kebebasan berniaga dan gaya hidup masyarakat bukan Islam.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Young Syefura Othman, turut dilaporkan mengkritik Poay Tiong susulan kenyataannya mengenai arahan MBKT itu.
Poay Tiong kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak berniat menyentuh sensitiviti atau memperlekehkan amalan agama mana-mana pihak.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 11:33 pm
'Saya hormat solat Jumaat' - Khoo Poay Tiong hanya bimbang arahan jejas peniaga bukan Islam di Kuala Terengganu
November 20, 2026, 10:03 pm
Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi
November 20, 2026, 8:55 pm
Modal niaga dari RM5,000, Agrobank buka peluang kepada usahawan mikro India
November 20, 2026, 8:28 pm
Makin ramai, TUDM sahkan 5 pegawai, 2 anggota ditahan susulan penemuan 96.6 kg disyaki dadah di Subang
November 20, 2026, 5:33 pm
Khoo Poay Tiong suarakan kebimbangan impak arahan penutupan premis waktu solat Jumaat ke atas bukan Islam
November 20, 2026, 5:17 pm
Kemenangan untuk balu, mahkamah batal saman ibu mentua, abang ipar tuntut hibah RM1 juta
November 20, 2026, 5:13 pm
