TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kematian pelajar SBP Kuala Kangsar: CCTV tak tunjuk unsur buli, polis selesai rakam keterangan 41 saksi

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 20 Nov – Polis telah merakam keterangan 41 saksi, termasuk 29 pelajar, dalam siasatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar pada Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata sembilan guru, dua ahli keluarga dan seorang anggota polis turut diambil keterangan.

Menurutnya, tiga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada pihak sekolah tidak menunjukkan unsur jenayah atau kejadian buli. Polis bagaimanapun meneruskan siasatan dari pelbagai sudut dan tidak menolak sebarang kemungkinan.

Polis turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa melindungi mana-mana pihak.

Pada Khamis, Mohd Alwi memaklumkan bahawa bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping mengesahkan jerutan pada leher sebagai punca kematian pelajar itu.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

+ - reset