Berita Hiburan
Afdlin Shauki perjelas gurauan terhadap Aina Abdul, mohon maaf secara terbuka
KUALA LUMPUR 24 NOVEMBER - Penggiat seni dan pelakon Datuk Afdlin Shauki tampil menjelaskan gurauannya yang membabitkan penyanyi Aina Abdul baru-baru ini, selain menyampaikan permohonan maaf secara terbuka sekiranya jenaka itu menimbulkan rasa kurang selesa.
Afdlin berkata, beliau sudah lama mengikuti perkembangan kerjaya seni Aina dan mengagumi kesungguhan penyanyi itu dalam membina nama serta identiti tersendiri dalam industri hiburan tanah air.
Beliau menyifatkan Aina sebagai antara artis tempatan yang berani bereksperimen dalam aspek fesyen secara konsisten sehingga rekaan busananya mudah dikenali khalayak.
"Apabila beliau tampil secara konsisten dengan gaya tersendiri, orang ramai dapat mengenalinya dari jauh lagi. Itu merupakan satu bentuk penjenamaan yang berjaya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai gurauan yang tular dan menjadi perhatian ramai itu, Afdlin menjelaskan bahawa nama Aina disebut kerana kekagumannya terhadap identiti fesyen penyanyi berkenaan.
Jelas beliau, jenaka tersebut merujuk kepada saiz busana serta kemungkinan kesan visual pada kamera sekiranya Aina berada di barisan hadapan.
Dalam masa yang sama, Afdlin menegaskan beliau sama sekali tidak berniat mempersendakan atau memperlekehkan aspek fizikal penyanyi itu, apatah lagi beliau sendiri pernah berdepan dengan pelbagai komentar berkaitan bentuk tubuh badannya.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan gurauan tersebut telah disalah tafsir sehingga menyebabkan Aina berasa kurang selesa.
"Aina, sekiranya cara saya bergurau pada malam itu membuatkan anda berasa kurang selesa, saya memohon maaf. Saya tidak berniat untuk menyindir," katanya.
Afdlin turut menyatakan kesediaan dan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Aina pada masa hadapan sekiranya berpeluang.
Selain itu, beliau berpandangan bahawa penerimaan masyarakat terhadap sesuatu jenaka kini telah berubah berbanding ketika beliau mula bergiat dalam bidang pengacaraan, memandangkan klip video daripada sesebuah acara mudah tersebar luas dan mengundang pelbagai tafsiran.
Sehubungan itu, Afdlin berharap penjelasan yang diberikan dapat merungkai salah faham, sambil menghargai setiap pandangan dan teguran yang dikemukakan orang ramai.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 1:06 pm
Haiza lancar single ‘Pencuri’ selepas hampir sedekad tersimpan
November 20, 2026, 10:29 am
Ali XPDC dijadual jalani prosedur angiogram di IJN hari ini
November 10, 2026, 4:49 pm
Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah lepas 8 bulan merempat bersama anak-anak
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
