Berita Berita
MySP AI bantu sekolah kesan perubahan ekspresi wajah, rekod kehadiran murid
KUALA KANGSAR 26 Nov – Sistem MySP AI menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk merekod kehadiran murid dan, menurut pembangunnya, membantu guru serta ibu bapa mengenal pasti perubahan ekspresi yang mungkin memerlukan perhatian.
Ketua Pegawai Eksekutif MySP AI, Hafez Shuriddin, berkata perubahan ekspresi itu boleh digunakan bersama rekod kehadiran dan aktiviti sebagai petunjuk awal untuk memantau perkembangan tingkah laku, emosi serta kesejahteraan mental murid.
“Melalui teknologi pengecaman wajah, sistem ini bukan sahaja merekodkan kehadiran pelajar, malah membolehkan perubahan ekspresi wajah seperti kelihatan muram atau sedih dikenal pasti sebagai petunjuk awal yang memerlukan perhatian.
“Pengesanan awal membolehkan ibu bapa dan guru mengambil tindakan susulan dengan lebih pantas, sekali gus membantu mengurangkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini yang melibatkan pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Pengaktifan MYSP TNGD Jaringan Keselamatan Anak Anda di Sekolah Kebangsaan (SK) Sheikh Idris Al-Marbawi, di sini, semalam.
Pada program itu, Hafez dan Ketua Perhubungan Kerajaan Touch ‘n Go Digital (TNGD), Tengku Sofiah Aishah Tengku Mahmood, menyempurnakan pertukaran dokumen persefahaman bagi mengintegrasikan kemudahan pembayaran Touch ‘n Go eWallet ke dalam sistem MySP AI.
Hafez berkata, sistem itu memproses imej wajah yang dirakam menggunakan kamera telefon pintar untuk mengesahkan identiti dan merekodkan kehadiran murid. Data yang dikumpul dianalisis bagi menjana laporan berkaitan kehadiran, disiplin, sahsiah dan penglibatan murid dalam aktiviti.
“Kebiasaannya, proses pengecaman wajah dilakukan di pintu masuk utama sekolah dan hanya mengambil masa antara satu hingga 1.5 saat dengan jarak pengesanan sehingga empat meter, sekali gus melancarkan urusan merekodkan kehadiran pelajar.
“Semua maklumat termasuk rekod kehadiran, disiplin dan amalan baik pelajar boleh disemak secara langsung oleh ibu bapa serta guru menerusi Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS),” katanya.
Menurutnya, sejak diperkenalkan dua tahun lalu, sistem itu telah digunakan di 194 sekolah dan memanfaatkan kira-kira 55,000 murid di seluruh negara.
Menerusi kerjasama dengan TNGD, murid boleh membuat pembelian di kantin menggunakan pengecaman wajah yang dipautkan kepada akaun e-dompet ibu bapa. Hafez berkata, kemudahan itu membolehkan murid membeli makanan tanpa membawa wang tunai atau telefon pintar ke sekolah, sekali gus mengurangkan risiko kehilangan wang saku.
“Menerusi kerjasama sulung ini juga, ibu bapa dapat memantau rekod perbelanjaan harian serta keselamatan anak-anak di sekolah secara langsung dengan lebih mudah dan telus,” katanya.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 10:32 pm
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 5:02 pm
Bekas jurulatih taekwondo didakwa lakukan amang seksual fizikal budak perempuan 10 tahun
November 26, 2026, 4:35 pm
Hutang baharu turun kepada RM70 bilion setahun, kerajaan masih bayar hutang lama – Anwar
November 26, 2026, 3:11 pm
Polis buru suspek disyaki curi kabel, terbabit kemalangan maut di Iskandar Puteri
November 26, 2026, 2:37 pm
