Berita Berita
Bekas jurulatih taekwondo didakwa lakukan amang seksual fizikal budak perempuan 10 tahun
KOTA BHARU 26 Nov – Seorang bekas jurulatih taekwondo didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sembilan bulan di sebuah kelab latihan taekwondo pada Januari 2024.
Soufa Pinyousos, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kelab latihan taekwondo di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, antara jam 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 9 Januari 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, dibaca bersama Seksyen 16. Peruntukan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Arina Razali, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Arif Mohd Zain.
Muhammad Arif memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin pada jumlah yang munasabah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 10:32 pm
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 4:35 pm
Hutang baharu turun kepada RM70 bilion setahun, kerajaan masih bayar hutang lama – Anwar
November 26, 2026, 3:11 pm
Polis buru suspek disyaki curi kabel, terbabit kemalangan maut di Iskandar Puteri
November 26, 2026, 2:44 pm
MySP AI bantu sekolah kesan perubahan ekspresi wajah, rekod kehadiran murid
November 26, 2026, 2:37 pm
