Berita Berita
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
KUALA LUMPUR 26 Nov – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dilaporkan meninggal dunia malam ini.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan berita pemergian beliau ketika dihubungi, menurut laporan berkenaan.
Abdul Gani yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, dilantik sebagai Peguam Negara kelapan pada 1 Januari 2002. Beliau memegang jawatan itu selama kira-kira 13 tahun sehingga Julai 2015.
Graduan undang-undang Universiti Malaya itu memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu pada 1980. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Persekutuan Kanan di Sabah sebelum menyertai Jabatan Peguam Negara di Kuala Lumpur pada 1994.
Antara jawatan yang pernah disandangnya di jabatan itu ialah Ketua Bahagian Pendakwaan, Ketua Bahagian Nasihat dan Antarabangsa serta Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. Selepas meninggalkan perkhidmatan kerajaan, beliau meneruskan kerjaya sebagai peguam.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 5:02 pm
Bekas jurulatih taekwondo didakwa lakukan amang seksual fizikal budak perempuan 10 tahun
November 26, 2026, 4:35 pm
Hutang baharu turun kepada RM70 bilion setahun, kerajaan masih bayar hutang lama – Anwar
November 26, 2026, 3:11 pm
Polis buru suspek disyaki curi kabel, terbabit kemalangan maut di Iskandar Puteri
November 26, 2026, 2:44 pm
MySP AI bantu sekolah kesan perubahan ekspresi wajah, rekod kehadiran murid
November 26, 2026, 2:37 pm
