TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah

By
|
Kongsi
image

 

PASIR MAS 26 Nov -  Perjalanan pulang dari sekolah berakhir tragis buat tiga beradik apabila motosikal yang dinaiki mereka terbabas di Kampung Tendong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, kanak-kanak berusia enam tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Abang mereka yang berusia 18 tahun pula dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, remaja itu membawa dua adiknya pulang dari sekolah dengan menaiki motosikal sebelum kenderaan berkenaan terbabas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

+ - reset