Berita Berita
Polis buru suspek disyaki curi kabel, terbabit kemalangan maut di Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI 26 NOVEMBER - Polis menjalankan siasatan lanjut terhadap individu yang berada dalam kereta terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan seorang maut di Taman Nusa Bestari, di sini, kelmarin, susulan penemuan unsur jenayah curi kabel.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu pada awalnya dilaporkan sebagai kemalangan jalan raya biasa sebelum siasatan mendapati ia mempunyai kaitan dengan kegiatan mencuri kabel milik syarikat utiliti.
Beliau berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung insiden membabitkan sebuah kereta dan motosikal itu.
“Dua mangsa lelaki tempatan berusia 22 dan 34 tahun parah di bahagian kaki dan kepala sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi semalam, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah dialaminya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Radin Ramlan berkata, siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri.
Bagaimanapun, katanya, susulan penemuan satu rakaman video yang tular di media sosial Facebook, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Iskandar Puteri menjalankan siasatan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati terdapat unsur jenayah curi kabel di sebalik insiden kemalangan itu. Pihak syarikat utiliti di Johor Bahru turut tampil membuat laporan polis berhubung kerosakan aset mereka,” jelasnya.
Susulan penemuan baharu itu, Radin Ramlan berkata, polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM 1998) kerana kerosakan kepada rangkaian.
Beliau berkata, usaha mengesan semua suspek yang terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.
Pada masa sama, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya menyaksikan sebarang kejadian jenayah.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau Hotline 07-5114486,” katanya.
Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan insiden kemalangan di lokasi yang dikaitkan dengan kejadian curi kabel pada April lalu.
Kemalangan itu turut dikaitkan dengan kegiatan kumpulan pencuri kabel sehingga menyebabkan orang awam menjadi mangsa.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 10:32 pm
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 26, 2026, 8:38 pm
HRD Awards 2026 angkat usaha melatih pekerja, empat penerima raih anugerah Platinum
November 26, 2026, 7:49 pm
Tiga pegawai TUDM seludup dadah guna aset tentera dihadapkan ke mahkmah esok
November 26, 2026, 7:24 pm
Dua beradik maut, abang cedera dalam nahas motosikal ketika pulang dari sekolah
November 26, 2026, 5:44 pm
Inspektor Sheila heret Ayob Khan, kerajaan ke mahkamah, mohon dikembalikan ke jawatan
November 26, 2026, 5:02 pm
Bekas jurulatih taekwondo didakwa lakukan amang seksual fizikal budak perempuan 10 tahun
November 26, 2026, 4:35 pm
Hutang baharu turun kepada RM70 bilion setahun, kerajaan masih bayar hutang lama – Anwar
November 26, 2026, 2:44 pm
MySP AI bantu sekolah kesan perubahan ekspresi wajah, rekod kehadiran murid
November 26, 2026, 2:37 pm
