TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Wanita berang 'roro' buat perangai letak gula-gula getah dekat tombol pintu rumah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER - Seorang penghuni kediaman meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa pemegang pintu rumahnya sekali lagi dicemari sisa gula-gula getah kuning yang disyaki perbuatan individu tertentu daripada komuniti pelarian etnik Rohingya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama Atiqah Syazwani menerusi platform 'Threads' itu pantas menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan kejadian berulang tersebut sudah memasuki kali kelima.

"Warga 'roro' memang macam ini ya? Ini sudah kali kelima ya dia buat hal," katanya dalam hantaran berkenaan yang turut memaparkan kesan gula-gula getah melekat pada pemegang pintu.

Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial di ruangan komen yang rata-rata mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut kerana dianggap mengganggu keselesaan serta keharmonian kawasan kejiranan.

Seorang pengguna, mieyranan, menulis, "Amboi, biasa dia itu nak main gurau-gurau pula. Nanti nampak dia lalu lagi sekali, jerkah woi, lepas itu beri siku sedas."

Sementara itu, sharipatote menyarankan pendekatan balasan yang lebih keras dengan berkata, "Kau beli getah segar dari kebun itu, kau sapu penuh dekat depan pintu dia, baru dia tahu erti hidup."

Keresahan turut disuarakan oleh nora_lindaalfateh yang menekankan kesan jangka panjang perbuatan sedemikian terhadap komuniti setempat apabila menyatakan, "Kecil-kecil dah mendatangkan ketidakselesaan dan ganggu ketenteraman jiran-jiran. Macam mana la rakyat Malaysia tidak mengamuk."

Gelombang kemarahan yang tular di media sosial itu sekali lagi menghidupkan desakan masyarakat agar pihak berkuasa dan kerajaan mengambil langkah lebih tegas dalam menangani isu berkaitan kehadiran warga Rohingya di negara ini.

+ - reset