TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tangga penuh najis kucing, masuk 1 minit kena bayar', lelaki kongsi keadaan stesen bas di Kelantan

By
|
Kongsi
image

PASIR MAS 27 NOVEMBER - Keadaan kebersihan dan penyelenggaraan di sebuah kawasan parkir bertingkat serta kemudahan awam berhampiran stesen bas di sini mengundang rasa kurang senang orang ramai apabila rakaman video tular memaparkan tangga kotor dipenuhi najis haiwan serta lantai yang berdaki.

Menerusi perkongsian video berdurasi kira-kira 21 saat itu, kelihatan anak tangga berjubin yang tercemar dengan kotoran dan najis kucing sebelum membawa ke ruang letak kenderaan berbumbung yang menempatkan motosikal serta kereta dalam keadaan permukaan lantai yang basah dan comot.

Seorang pengguna media sosial, Hussien Zaki, meluahkan kekecewaan terhadap caj parkir yang dikenakan meskipun tempoh berada di kawasan berkenaan amat singkat, selain menyentuh aspek kebersihan ruang niaga makanan yang didakwa berbau kurang menyenangkan.

"Masuk seminit pun kena bayar dua ringgit, tetapi 'maintenance' teruk. 'Food court' pula berbau hancing yang kuat. Ini bukan urusan peribadi, ini tempat awam. Betullah orang awam membuat aduan. Stesen bas sama sahaja keadaannya. Pihak Majlis Daerah Pasir Mas tolong ambil tindakan. Terima kasih," katanya menerusi hantaran tersebut.

Isu berkenaan turut menarik perhatian warganet lain yang berpandangan bahawa kelemahan pengurusan fasiliti awam wajar dinilai secara objektif tanpa disempitkan kepada sentimen kepartian semata-mata.

Seorang pengguna, gecko.40744449 menegaskan bahawa perkara sedemikian pernah berlaku di lokasi lain dan berpunca daripada kelemahan pentadbiran atau pengurusan setempat.

"Ini bukan 'issue' politik. Ini sama seperti kes di 'station' bas Larkin, Johor. Semua yang buruk disalahkan kepada Onn Hafiz. Apabila disiasat, rupa-rupanya pengurus yang menyeleweng wang. Cuba jangan mudah terpengaruh dengan sentimen politik sebegini," ujarnya.

Situasi tersebut mendorong masyarakat setempat berharap agar pihak berkuasa tempatan serta operator berkaitan dapat menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung sentiasa terpelihara.

+ - reset