Berita Viral
Pemandu terpaksa lawan arus elak jadi mangsa rompakan 'roadblock'?
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER - Tindakan pantas seorang pemandu membuat pusingan U selepas menyedari kehadiran beberapa kenderaan yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan pada awal pagi mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya apabila rakaman kamera papan pemuka kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh Alham Zuhri di platform media sosial, insiden tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 4.46 pagi ketika keadaan jalan lengang dan pencahayaan bergantung kepada lampu jalan, sekali gus menimbulkan syak wasangka bahawa ia cubaan 'roadblock' atau sekatan tidak sah bagi tujuan jenayah samun.
Rakaman berdurasi lebih dua minit itu memperlihatkan kenderaan perakam menghampiri satu laluan bertingkat sebelum melihat sebuah kereta putih dan sebuah lagi kenderaan gelap berada di bahagian tepi serta hadapan jalan, lalu pemandu berkenaan segera berpatah balik demi keselamatan diri.
Mengulas situasi cemas dialami abangnya itu, Alham menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika melalui laluan sunyi pada waktu dinihari serta tidak teragak-agak mengambil langkah pencegahan sekiranya mengesan keadaan ganjil di hadapan.
"Berhati-hati semua, terutamanya yang memandu pada waktu tengah malam hingga awal pagi. Ini abang saya kongsikan kerana ada pihak yang melakukan 'roadblock' seperti ini. Nasib baik dia cepat membuat pusingan U, dan sekiranya anda berada dalam 'situation' begini, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?" katanya menerusi hantaran tersebut.
Perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata menzahirkan kelegaan kerana pemandu terbabit sempat mengelak daripada terperangkap, selain mengingatkan pengguna lebuh raya dan jalan bandar agar sentiasa mengunci pintu kenderaan serta peka terhadap persekitaran sekeliling.
Berita berkaitan
November 27, 2026, 8:15 pm
Graduan UniKL dibaling telur masa 'photoshoot' gambar konvo di KL
November 27, 2026, 5:31 pm
Tiga lelaki rompak kedai emas dalam bangunan kurang 40 saat di Kajang
November 27, 2026, 4:26 pm
'Tangga penuh najis kucing, masuk 1 minit kena bayar', lelaki kongsi keadaan stesen bas di Kelantan
November 27, 2026, 2:47 pm
Penunggang motosikal hon kereta, lorong tambahan lebuh raya PLUS bukan khas untuk 'rider'
November 27, 2026, 10:58 am
Wanita berang 'roro' buat perangai letak gula-gula getah dekat tombol pintu rumah
November 26, 2026, 7:08 pm
'Kesan baju macam jatuh', demi tuntut ilmu, pelajar kayuh 35km dalam gelap pulang ke rumah
November 26, 2026, 2:31 pm
'Adab mana adab?', warga 'roro' campak barang di kaunter buat ramai geram
November 26, 2026, 12:57 pm
Stesen radio dikecam lepas buat 'content' solat untuk Man United
November 26, 2026, 10:29 am
