TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Berjaya tewaskan Phnom Penh Crown, Kuching City naikkan ranking MA Malaysia di Asia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER - Kemas kini Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyaksikan Malaysia berpeluang memiliki dua wakil dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim-musim berikutnya selepas berjaya memperbaharui kedudukan dalam ranking kelab zon timur.

Malaysia memintas China dan menjadi negara kedua terbaik di Asia Tenggara (ASEAN) di belakang Thailand. Secara keseluruhan, Malaysia berada pada tangga kesembilan dalam ranking keseluruhan Asia.

Ketika ini, Malaysia dan Australia sedang bersaing sihat bagi terus memperkukuh kedudukan masing-masing.

Sekiranya berjaya konsisten, malah lebih baik maka Malaysia boleh memperoleh slot 1+1 bagi ACLE secara merit dan playoff. Jika Australia berjaya dipintas, maka kedua-dua slot ACLE akan layak secara merit.

Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama Kuching City yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menggalas tanggungjawab besar perlu meraih keputusan positif untuk terus membantu meningkatkan ranking negara musim ini.

Sebelum ini, Kuching City berjaya menewaskan Phnom Penh Crown dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Safawi Rasid, Jerome Mpacko Etame dan Dylan Wenzel-Halls.

Harimau Selatan dan The Cats masih berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya ketika ini.

+ - reset