Berita Sukan
Dugaan awal ke Brunei, Kelantan Red Warrior risiko hadapi kerugian besar
KUALA LUMPUR 26 NOVEMBER — Pasukan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) berdepan cabaran awal serta kemungkinan kerugian kewangan yang ketara menjelang pertemuan menentang skuad Brunei di Stadium Negara Hassanal Bolkiah (Stadium Seri Begawan), esok, susulan kelewatan penerbangan domestik akibat isu teknikal.
Pengurus pasukan berkenaan, Afiq Amirul atau lebih mesra dengan panggilan Pikbum, meluahkan kebimbangan itu menerusi hantaran di laman Facebook selepas kapal terbang yang dijadualkan berlepas dari Kota Bharu ke ibu negara pada jam 8.15 pagi masih gagal berlepas.
Menurut beliau, situasi tersebut menjadi semakin genting apabila jam sudah menunjukkan pukul 9.40 pagi sedangkan jadual penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Begawan ditetapkan pada jam 12.00 tengah hari.
"Dugaan pertama buat pasukan Kelantan Red Warrior FC setelah pesawat yang sepatutnya diterbangkan pada pukul 8.15am ke Kuala Lumpur masih tidak dapat diterbangkan kerana mengalami masalah teknikal. Sekarang pukul 9.40am manakala Tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Brunei 12:00 Tengahari. Perjalanan KB ke KL dah menelan 45minit. Adakah sempat atau tidak?" katanya.
Afiq menjelaskan bahawa kegagalan mengejar penerbangan seterusnya bakal memberi implikasi besar kepada pengurusan pasukan memandangkan rombongan tersebut melibatkan seramai 30 orang yang terdiri daripada barisan pemain serta kejurulatihan.
"Seandainya kalau kami tidak sempat sampai di Kuala Lumpur semestinya akan mengalami kerugian yang besar kerana 30 penumpang terdiri daripada pemain & jurulatih. Apakah solusi kalau terjadi kejadian seperti ini ? Adakah dapat refund atau sebaliknya?" soal beliau.
Gangguan jadual perjalanan itu timbul kurang 24 jam sebelum kedua-dua pasukan turun beraksi di gelanggang lawan dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung esok.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 7:16 pm
RMS buktikan mampu jaring gol di Stadium MBPJ
November 26, 2026, 5:29 pm
'Saya orang Malaysia', Rodrigo Iriarte hasrat pulang ke tanah air tahun depan
November 26, 2026, 12:14 pm
Rumput selamatkan maruah Man United di Portugal
November 26, 2026, 10:08 am
Prestasi kelam di ACLE, fans petik 6 import JDT bukan 'standard' kualiti Asia
November 25, 2026, 7:39 pm
Dulu disanjung TMJ, kini terpaksa tanggung hutang RM13 juta
November 25, 2026, 5:45 pm
Bekas pemain Selangor berjaya jaring gol berkelas dunia di ACLE
November 25, 2026, 5:01 pm
Cheng Hoe lebih layak bimbing HM berbanding Bojan Hodak - Peter de Roo
November 25, 2026, 1:43 pm
Fans Indonesia gigil, dakwa Bojan Hodak tahu kelemahan semua pemain Sang Garuda
November 25, 2026, 10:51 am
