Berita Ekonomi
Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan

KUALA LUMPUR 25 Sept - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.1550/1605 berbanding dolar AS, naik berbanding 4.2000/2060 ketika ditutup pada Isnin, menandakan kenaikan tahun setakat ini sebanyak 10.49 peratus.
Ini adalah paras tertinggi ringgit ketika ditutup sejak 11 November 2021, pada paras 4.1525/1545 ketika itu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata People's Bank of China (PBOC) mengumumkan pelbagai langkah sokongan monetari, termasuk keperluan rizab bank dan penurunan kadar feadah, serta langkah untuk menyokong pasaran hartanah.
"Pengumuman itu sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan terhadap ekonomi China berikutan ia bergelut untuk mencapai sasaran pertumbuhan lima peratusnya," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata pengumuman mengenai kadar inflasi Malaysia yang lebih rendah dari jangkaan semalam menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasanya untuk baki 2024 dan berpotensi ke 2025.
BNM menunjukkan langkah berhemat dalam dasar monetarinya, dengan kekal berwaspada terhadap risiko inflasi, katanya.
"Pendirian berhati-hati ini menyumbang kepada peningkatan keyakinan, seperti yang dilihat dalam peningkatan nilai ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini," katanya.
Prestasi ringgit juga kukuh berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Ia naik berbanding euro kepada 4.6274/6335 daripada 4.6645/6712 pada Isnin, menokok berbanding pound Britain kepada 5.5590/5663 daripada 5.5805/5885 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8796/8836 daripada 2.9238/9282.
Ia turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2244/2289 daripada 3.2503/2552 ketika ditutup pada Isnin dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.39/7.40 daripada 7.50/7.52.
Mata wang tempatan itu juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 273.5/274.0 daripada 276.1/276.7 dan menokok berbanding baht Thai kepada 12.6426/6640 daripada 12.7203/7451. - BERNAMA
Berita berkaitan
July 18, 2025, 2:46 pm
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
July 18, 2025, 12:33 pm
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
July 15, 2025, 3:43 pm
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
July 1, 2025, 12:41 pm
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas separuh kedua 2025 – HLIB
June 30, 2025, 6:25 pm
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
June 23, 2025, 11:07 am
Harga minyak melonjak susulan serangan AS ke atas Iran, cetus kebimbangan bekalan global
June 19, 2025, 2:46 pm
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
June 17, 2025, 3:54 pm
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
June 17, 2025, 10:50 am