Berita Ekonomi
Ringgit kembali mengukuh, RM4.12 berbanding dolar AS pada sesi awal
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat selepas mengalami pembetulan teknikal semalam, kata penganalisis.
Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding 4.1430/1485 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pembetulan teknikal ringgit semalam disebabkan oleh aktiviti belian berlebihan yang menyebabkan segelintir peniaga mendapatkan keuntungan.
"Namun, persepsi pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) negara maju itu pada November dan Disember, masih lagi ketara.
"Sehubungan itu, pengumuman mengenai inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS malam ini akan dipantau rapat oleh kalangan komuniti pelabur," katanya.
Mohd Afzanizam berkata paras sokongan segera untuk ringgit adalah di paras RM4.0728, malah beliau yakin mata wang tempatan itu cenderung ke paras berkenaan berikutan Kadar Dasar Semalaman (OPR) mungkin kekal bagi tempoh berbaki tahun ini dan dinaikkan pada 2025.
"Ini hanya menjadikan ringgit dilihat menarik terutama selepas bank pusat di rantau Asia yang telah memulakan langkah pelonggaran monetari seperti Indonesia dan Filipina," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8442/8504 daripada 2.8634/8674 semalam, mengukuh berbanding euro kepada 4.6084/6179 daripada 4.6157/6218 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5284/5398 daripada 5.5317/5391.
Berbanding mata wang ASEAN, ringgit juga diniagakan secara positif.
Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2109/2181 daripada 3.2204/2249 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.36/7.39 daripada 7.40/7.41.
Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 271.8/272.6 berbanding 273.1/273.6 dan meningkat kepada 12.7229/7570 daripada 12.7242/7489 berbanding baht Thailand, semalam. – BERNAMA
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:25 pm
Perodua lancar traz SUV baharu, sasaran jualan 1,900 unit sebulan
December 1, 2025, 11:32 am
Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000
November 18, 2025, 5:45 pm
Saga Serba Baharu cipta fenomena, satu tempahan diterima setiap 43 saat
November 17, 2025, 11:45 am
Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan
November 14, 2025, 5:03 pm
Ringgit stabil, catat peningkatan sejak awal tahun – BNM
November 6, 2025, 3:53 pm
BNM kekal OPR pada 2.75 peratus, dasar monetari disifatkan masih wajar
October 24, 2025, 8:05 pm
CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed umum letak jawatan
October 23, 2025, 11:09 am
Kerajaan dapat jimat RM5 bilion setahun hasil penyasaran semula subsidi diesel – MoF
September 26, 2025, 6:39 pm
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
September 23, 2025, 10:56 am
