Berita Hiburan
Selepas enam tahun berkahwin, Kaka Azraff bercerai talak satu

KUALA LUMPUR 28 Okt - Hampir enam tahun mendirikan rumahtangga, penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff menemui noktah apabila mereka dikatakan bercerai talak satu hari ini.
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.
Sumber yang enggan dikenali berkata Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi.
Bahkan, dia dan bekas suaminya dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.
“Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini.
“Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.
“Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama,” kata sumber terdekat penyanyi terbabit kepada Kosmo! Online.
Menerusi semakan, kali terakhir Kaka berkongsi momen bersama keluarga kecilnya adalah pada hari ini ketika mereka menyertai aktiviti di sebuah premis permainan.
Sekali gus, tidak menunjukkan sebarang tanda rumah tangga yang dibina pada 14 Disember 2018 itu bermasalah atau bakal runtuh di tengah jalan.
Terdahulu, pasangan terbabit hanya bercinta selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am