Berita Hiburan
Infak RM90,000, dapat RM900,000, rezeki Fattah dapat hadiah Lamborghini
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 30 Okt – Pelakon, Fattah Amin terus mencuri perhatian rakyat negara ini selepas menerima sebuah kereta mewah jenis Lamborghini pemberian ahli perniagaan kedai emas.
Malah, rata-rata netizen turut menumpang gembira atas rezeki diterima Fattah yang tidak putus selepas menginfaqkan komisen daripada jualan daging perap, sealing penceraiannya dengan aktres popular, Nur Fazura, baru-baru ini.
"Dia infak RM90,000 hasil jualan kambing, Allah balas balik dengan pemberian berharga RM900,000. Murah rezeki orang baik.” kata rata-rata netizen.
Menerusi video tular di media sosial yang berdurasi 22 saat, jelas memaparkan Fattah bersalaman dan memeluk seorang lelaki sejurus diberikan kunci sebelum dilihat memandu sebuah Lamborghini berwarna ungu.
“Makin mencurah-curah rezeki Fattah Amin sekarang ni. Gembira untuk kamu Fattah, tahniah,” kata @jane1987.
“Hilang Range Rover dapat Lamborghini,” ujar @MoNaSh.
“Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lagipun, rezeki Allah itu amat luas,” komen @Sakinah Afifah.
Terdahulu, Fattah enggan mengambil wang komisen hasil daripada jualan daging kambing yang dilakukannya bersama sebuah jenama daging perap terkenal, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian dalam akaun rasmi Instagram jenama tersebut, mereka mendedahkan mesej perbualan bersama Fattah tentang pengagihan wang komisen yang dikatakan bernilai RM90,000. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
November 22, 2025, 10:26 am
Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ dibatalkan selepas ditegur agamawan
November 5, 2025, 1:04 pm
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
November 3, 2025, 9:24 pm
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
