Berita Hiburan
Fazura dapat hak jagaan penuh anak, Fattah dapat hak lawatan, bermalam 2 kali sebulan
SHAH ALAM, 12 Nov – Setelah melalui beberapa sesi perbincangan dan proses undang-undang, pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura, akhirnya mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Keputusan tersebut diumumkan selepas satu prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi tadi, yang turut dihadiri oleh kedua-dua pihak.
Peguam syarie yang mewakili Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengesahkan bahawa hak penjagaan penuh diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.
Menurut Fakhrul Azman, Fattah dibenarkan melawat anaknya tiga kali seminggu, serta dua kali bermalam sebulan.
Beliau juga menambah bahawa proses perjanjian ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak lebih awal dan hari ini ia telah direkodkan sebagai satu perintah mahkamah.
"Perjanjian ini telah kami baca di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dan hari ini kami hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memastikan ia dikuatkuasakan sebagai perintah yang sah," katanya lagi.
Fakhrul Azman juga menegaskan bahawa tiada sebarang perselisihan atau perebutan mengenai hak penjagaan anak antara Fattah dan Fazura.
Menurut Fakhrul Azman, Fazura sangat bersyukur kerana proses ini berjalan dengan lancar dan beliau kini ingin meneruskan kehidupannya tanpa memandang ke belakang.
Pasangan ini bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari selepas berkahwin pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Keputusan ini membawa sinar baru dalam hidup Fatima, yang kini dapat dibesarkan dengan kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapanya, walaupun mereka sudah berpisah. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
November 22, 2025, 10:26 am
Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ dibatalkan selepas ditegur agamawan
November 5, 2025, 1:04 pm
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
November 3, 2025, 9:24 pm
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
