Berita Hiburan
Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia, dalam satu majlis gemilang malam tadi.
Dengan gelaran Biduanita Negara, Siti membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, kain songket, watikah serta trofi, dan juga status sebagai Seniman Tamu.
Sempena penganugerahan ini, Siti turut melancarkan sebuah lagu baharu berjudul "Sejarah," yang didedikasikan khas untuk peminatnya.
"SN Legacy Sdn Bhd & Universal Music Sdn Bhd menerbitkan buah tangan terbaharu, Sejarah. Khas buat seluruh peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pencinta muzik di mana sahaja," kata Siti Nurhaliza dalam satu hantaran di Instagram.
ASN 2024 merupakan penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam bidang kesenian negara, bertujuan melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, ASN telah diadakan sebanyak lapan edisi, dengan penganjuran terakhir pada tahun 2009.
Tokoh-tokoh seni yang pernah menerima anugerah ini termasuk Tan Sri Dr. Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Dr. Ahmad Nawab (Seni Muzik), dan Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan).
ASN diadakan untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa penggiat seni dalam pelbagai cabang seni seperti muzik, tari, lakon, kraf, dan seni visual. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
November 22, 2025, 10:26 am
Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ dibatalkan selepas ditegur agamawan
November 5, 2025, 1:04 pm
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
November 3, 2025, 9:24 pm
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
