Berita Hiburan
Siti Nurhaliza tampil single baharu hasil kolaborasi istimewa Erwin, Gita Gutawa
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali dengan single terbaharu berjudul *Sejarah*, hasil ciptaan maestro muzik Indonesia, Erwin Gutawa.
Lagu ini menandakan momen istimewa dalam karier Siti Nurhaliza, yang kini hampir 30 tahun bergiat dalam industri muzik.
*Sejarah* merupakan kolaborasi antara Erwin Gutawa dan anaknya, Gita Gutawa, yang menulis lirik.
Menurut Erwin, lagu ini dicipta khas untuk Siti dengan membayangkan keindahan vokal dan personaliti uniknya. Gita pula menggarap lirik yang mencerminkan pengalaman hidup dan kesyukuran, sesuai dengan perjalanan Siti dalam dunia seni.
Lagu ini menjadi lebih istimewa dengan iringan Czech Symphony Orchestra yang memberikan susunan muzik yang megah dan indah, menjadikan *Sejarah* sebuah karya yang penuh emosi.
Lagu ini juga merupakan penutup istimewa bagi Siti sebelum 2024 berakhir, setelah sibuk mengadakan beberapa siri konsert sepanjang tahun.
Bagi Siti Nurhaliza, *Sejarah* adalah karya yang sangat peribadi, mencerminkan fasa-fasa dalam kariernya.
“Saya sangat berterima kasih kepada Erwin Gutawa yang menghasilkan sebuah lagu yang menyentuh emosi saya. Ketika menyanyikannya, terasa seolah-olah saya melalui semula setiap memori dalam perjalanan seni saya,” katanya.
Siti juga mengucapkan terima kasih kepada Aubrey Suwito yang membantu dalam proses rakaman vokal lagu ini di Kuala Lumpur. Single *Sejarah*, terbitan SN Legacy Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn. Bhd, kini boleh distrim di semua platform digital mulai 14 November 2024.
Siti berharap agar karya terbaharu ini mendapat sambutan yang hangat daripada para peminat. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
November 22, 2025, 10:26 am
Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ dibatalkan selepas ditegur agamawan
November 5, 2025, 1:04 pm
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
November 3, 2025, 9:24 pm
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
