Berita Berita
Polis buru pemandu kereta kuning larikan diri di Yong Peng
BATU PAHAT 21 Jan. - Polis kini sedang memburu seorang pemandu kereta berwarna kuning yang melarikan diri dalam satu kejadian berhampiran Plaza Tol Yong Peng Utara pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata insiden itu berlaku sekitar jam 1 tengah hari ketika kereta peronda polis (MPV) sedang melakukan rondaan.
"Semasa rondaan, anggota MPV ternampak sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan. Siren dibunyikan, lampu 'beacon' dinyalakan, dan pemandu diarahkan berhenti menggunakan pembesar suara serta isyarat tangan.
"Pemandu kereta itu berhenti tetapi enggan bekerjasama untuk pemeriksaan lanjut. Ketika itu, anggota polis melihat seorang wanita sedang memegang bayi di tempat duduk penumpang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tindakan Nekad Pemandu
Shahrulanuar menambah, suspek kemudian bertindak nekad memecut laju kenderaannya untuk melarikan diri, menyebabkan pemeriksaan tidak dapat dilakukan.
Bagaimanapun, tiada pelanggaran kenderaan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Suspek Dikenal Pasti
Menurut beliau, suspek telah dikenal pasti, dan usaha giat sedang dijalankan untuk menahannya bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Faidz Md Khalid di talian 017-3245137 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kejadian Tular di Media Sosial
Sebelum ini, beberapa video kejadian terbabit yang dirakam oleh orang awam telah tular di media sosial, menarik perhatian netizen. - Media Telus
Berita berkaitan
November 25, 2025, 8:44 pm
Lelaki bersilat bertopi keledar di tanah perkuburan ditahan polis
November 25, 2025, 8:41 pm
Kementerian Luar aktifkan Bilik Gerakan bantu rakyat Malaysia terjejas banjir di Hat Yai
November 25, 2025, 8:36 pm
SAM kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol
November 25, 2025, 8:31 pm
Wartawan Haresh Deol cedera diserang dua individu tidak dikenali
November 25, 2025, 6:21 pm
'Ada cubaan untuk menyerang saya' - Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM
November 25, 2025, 5:46 pm
Lelaki dipenjara lima tahun cuba langgar, bunuh polis di stesen minyak di Klang
November 25, 2025, 3:55 pm
PRN Sabah: Fahmi nafi dakwaan PH biayai kempen media sosial RM8 juta burukkan Warisan
November 25, 2025, 3:22 pm
Jaga-jaga, hujan sangat lebat berterusan landa Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia
November 25, 2025, 2:35 pm
