Berita Berita
Peniaga di KL 'tak makan saman' tetap halang laluan, bina struktur haram selepas diambil tindakan
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 14 Feb - Aktiviti menghalang laluan, seperti pembinaan struktur di kawasan pejalan kaki atau rizab parit, semakin berleluasa di Kuala Lumpur dan sukar dikawal meskipun pelbagai usaha dan tindakan undang-undang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebagai langkah terakhir, PBT terpaksa merampas barangan perniagaan atau merobohkan struktur yang menghalang laluan, seperti yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam dua operasi di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Batu baru-baru ini.
Dalam operasi di Parlimen Titiwangsa, DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa menyita kerusi, meja, dan peralatan lain yang diletakkan tanpa kebenaran di kawasan pejalan kaki di Jalan 2/76C Desa Pandan dan Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh).
DBKL melaksanakan tiga kes sita di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dengan barang yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Cheras untuk dokumentasi.
Di Parlimen Batu, DBKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan operasi bersepadu untuk merobohkan struktur haram.
Dua struktur dirobohkan serta-merta, manakala satu lagi unit dirobohkan oleh pemiliknya sendiri.
Semua sisa struktur yang dirobohkan dilupuskan selepas operasi tamat.
Tindakan sita turut dilaksanakan terhadap barangan perniagaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. - Media Telus
Berita berkaitan
May 16, 2026, 2:45 pm
KPM hapus rekod manual kokurikulum guru, sedia tambahan dana bilik guru RM100 juta
May 16, 2026, 2:37 pm
Menyamar pegawai imigresen: Dua beradik ditahan, polis buru tukang cat
May 16, 2026, 2:31 pm
Keluar PKR hak peribadi Asheeq Ali, jangan serang parti - Prabakaran
May 16, 2026, 12:25 pm
MARA buka pembiayaan Program Kadet Juruterbang, beri keutamaan kepada pelajar Tahfiz
May 16, 2026, 12:04 pm
Peranan guru bentuk akhlak generasi muda semakin genting - PM
May 16, 2026, 11:57 am
12 inisiatif diperkenal perkasakan profesion guru sempena Hari Guru
May 16, 2026, 11:45 am
PDRM siasat dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia hadiri mesyuarat sulit
May 16, 2026, 8:21 am
Guru tonggak masa depan, kecemerlangan pendidik terus diiktiraf - Fadhlina
May 15, 2026, 8:37 pm
