Berita Berita
Kanak-kanak autisme hilang di Baling, operasi pencarian giat dijalankan

BALING 28 Mac - Seorang kanak-kanak autisme dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kuarters JPS Kampung Landak Paya, Kupang, pada tengah hari Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.36 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi pencarian.
Mangsa, Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, yang menghidap mild autisme, dipercayai keluar dari rumahnya dan menghala ke jalan kampung berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Operasi pencarian diketuai Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung," katanya.
Sebanyak 52 anggota dari pelbagai agensi dan orang awam terlibat dalam pencarian dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor dalam radius satu kilometer.
Menurut Zulkhairi, kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada jam 12.50 tengah hari sebelum laporan polis dibuat.
Setakat ini, operasi pencarian masih diteruskan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm
Henti banding keputusan SPM, elak ‘membazirkan potensi’ pelajar SBP - Dr Anuar
May 9, 2025, 12:20 pm