Berita Santai
Penangan 'Walid', Bidaah raih 2.5 bilion jumlah tontonan, kalahkan drama Korea popular
KUALA LUMPUR 9 April - Drama bersiri tempatan Bidaah mencipta kejayaan luar biasa apabila meraih lebih daripada 2.5 bilion tontonan di platform digital dan media sosial, sekali gus menempatkannya sebagai antara karya paling popular terbitan Viu Malaysia.
Drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fattah Amin, Faizal Hussein, dan Riena Diana itu bukan sahaja mencetuskan fenomena di Malaysia, malah turut mendapat sambutan hangat di Indonesia selama lima minggu berturut-turut.
Kejayaan luar jangka ini turut menyaksikan Bidaah mengatasi tontonan beberapa drama bersiri Korea popular seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group, sekaligus mengangkat martabat karya tempatan di peringkat serantau.
Populariti drama ini melonjak lebih tinggi apabila watak Walid yang dilakonkan secara berkesan oleh Faizal Hussein, menjadi tular di platform TikTok sehingga mencetuskan pelbagai trend parodi yang menghiburkan.
Sejak mula ditayangkan pada 6 Mac lalu, Bidaah terbitan Erma Fatima menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton yang memuji jalan ceritanya yang segar dan lakonan mantap barisan pelakonnya. Kejayaan ini membuktikan bahawa karya tempatan juga mampu menarik perhatian penonton luar negara.
Mengisahkan seorang wanita muda bernama Baiduri, lakonan Riena Diana, yang dipaksa oleh ibunya Kalsum (dilakonkan oleh Fazlina Ahmad Daud) menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan berfahaman ekstrem yang dipimpin oleh Walid, drama ini membawa penonton menyelami perjuangan Baiduri untuk melindungi ibunya serta membongkar kebenaran di sebalik kumpulan tersebut.
Dalam usahanya bersama Hambali (Fattah Amin), Baiduri terpaksa menggadaikan keselamatan dirinya demi membebaskan keluarganya daripada pengaruh kumpulan itu.
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
