Berita Berita
Pembelian beras putih tempatan kini dibenar sehingga 5 kampit - Mat Sabu

SERDANG 28 April – Pengguna di negara ini kini dibenarkan membeli beras putih tempatan (BPT) melebihi satu kampit bermula hari ini, berbanding had maksimum dua kampit pada sebelum ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata had baharu pembelian ditetapkan sehingga lima kampit setiap kali pembelian.
“Jika sebelum ini kita (kementerian) hadkan hanya dua kampit sahaja, tetapi mulai hari ini kita benarkan pembelian lebih dua kampit, tetapi tidak melebihi lima kampit (setiap kali pembelian),” katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.
Mohamad menjelaskan, langkah tersebut diambil selepas bekalan beras putih tempatan kembali stabil hasil pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu.
Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga pertengahan April, sebanyak 3.16 juta kampit beras 10 kilogram telah diagihkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
“Negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, Perak dan Johor mencatatkan jumlah agihan tertinggi.
“Langkah ini menjadi antara usaha penting kementerian untuk menjamin keterjaminan bekalan beras rakyat secara konsisten,” katanya
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm