Berita Berita
Kematian isteri tercinta punca pemandu lori buat kecoh, meniarap atas jalan di Batu Pahat

BATU PAHAT 4 Mei – Insiden membabitkan seorang pemandu lori yang menghentikan kenderaannya secara tiba-tiba dan mencetuskan kekecohan di Jalan Parit Bilal, di sini, Rabu lalu, dipercayai berpunca daripada tekanan emosi akibat kehilangan isteri, menurut siasatan awal pihak berkuasa.
Lelaki berusia 40 tahun itu turut dilaporkan mundar-mandir dan meniarap di atas jalan sebelum ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima laporan orang awam berhubung seorang lelaki dilihat seperti kurang siuman sambil mundar-mandir atas jalan raya pada jam 1.20 tengah hari.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan dokumentasi mendapati lelaki itu dipercayai mengalami kemurungan.
"Dia menghadapi situasi itu kerana tekanan perasaan berlarutan akibat kehilangan isteri dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif bahan terlarang.
"Bagaimanapun, insiden itu tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan.
Shahrulanuar berkata lelaki itu dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan perubatan.
Terdahulu, video berdurasi 19 saat tular di media sosial yang menunjukkan orang ramai dengan bantuan polis menahan seorang lelaki yang sebelum itu memberhentikan lori hingga menghalang laluan kenderaan awam.
Berita berkaitan
May 4, 2025, 3:07 pm
Siap sedia, Lembah Klang dilanda ribut petir petang ini
May 4, 2025, 2:42 pm
Budak 4 tahun tahan sakit tersepit hampir 30 minit dihempap lori terbalik di Sik
May 4, 2025, 2:10 pm
UMNO pilih Kerajaan Perpaduan demi rakyat, bukan sebab DAP – Jalaluddin
May 4, 2025, 12:26 pm
Polis rakam keterangan 12 individu, usaha cari petunjuk baharu lokasi Datin Seri Pamela
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am