TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Influencer' terkait isu epidural kena saman berniaga tepi jalan tanpa permit di Taman Melawati

By
|
Kongsi
image

AMPANG JAYA 28 April – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan terhadap aktiviti perniagaan tanpa permit yang dijalankan di kawasan Taman Melawati.

Difahamkan, tindakan diambil terhadap pihak terbabit yang dipercayai menjalankan perniagaan menggunakan kenderaan sehingga menyebabkan gangguan awam.

“Susulan itu, satu kompaun dikeluarkan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, MPAJ sentiasa menyokong inisiatif pembangunan usahawan tempatan sebagai pemacu ekonomi komuniti.

“Namun, kami amat berharap agar semua pihak dapat mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi menjaga keharmonian bersama.

“Satu sesi pertemuan telah diatur dengan pihak berkaitan untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang terbaik agar situasi seumpama ini tidak berulang dan tidak menjejaskan ketenteraman awam,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan menjalankan perniagaan di sekitar kawasan Taman Melawati sehingga menganggu lalu lintas.

Rata-rata yang mengecam kegiatan tersebut turut merujuk kepada MPAJ untuk melakukan pemantauan di lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE

+ - reset