Berita Berita
Kemenangan PRK Ayer Kuning tanda pengundi kembali sokong BN - Ahmad Zahid

GUA MUSANG 28 April - Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti sebagai bukti pengundi telah kembali menyokong parti itu, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Zahid, sokongan daripada pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan hanya satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) mencatat kekurangan undi untuk BN, manakala selebihnya berjaya dirampas.
“Saya berterima kasih kepada semua jentera. Ada beberapa penganalisis mengatakan calon BN tidak dapat sokongan, namun sebaliknya yang berlaku.
“Hanya satu PDM kita kekurangan undi manakala lain-lain kita rampas sepenuhnya. Kita juga lihat pertambahan sokongan walaupun peratusan keluar mengundi hanya sekitar 58 peratus," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Beliau turut menegaskan, bukan sahaja BN berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut, malah turut mencatatkan peningkatan berganda dalam jumlah majoriti undi.
“Apa yang penting adalah kerja keras dan calon BN yang berkualiti, menyebabkan pengundi kembali memilih BN," tambahnya.
Dalam PRK Sabtu lalu, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi selepas memperoleh 11,065 undi. Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, dalam pertandingan tiga penjuru.
Mengulas lanjut, Zahid berkata pelbagai pendekatan dan strategi digunakan BN dalam PRK Ayer Kuning serta PRK lain sebelum ini, dengan menekankan penyatuan pengundi melalui kaedah tertentu. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm