TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita maut dirempuh MPV ketika sarapan di Sungai Petani

By
|
Kongsi
image

SUNGAI PETANI 29 April - Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai kopi di simpang tiga Jalan Taman Bersatu, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Han Chin Ting, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 68 tahun secara tiba-tiba terbabas dan memasuki bahagian dalam premis kedai kopi tersebut.

"Hasil siasatan mendapati pemandu berkenaan diserang angin ahmar (strok) menyebabkan dia hilang kawalan sebelum kenderaan terbabit melanggar mangsa yang sedang duduk di meja menikmati sarapan.

"Impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di lengan kanan dan kiri, kedua-dua kaki, muka dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Media Telus

+ - reset