Berita Berita
91 pelajar terselamat tunggu Isyak di surau ketika asrama SMK Tinggi Setapak terbakar

KUALA LUMPUR, 29 April - Sebuah blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, di sini, yang menempatkan kira-kira 91 pelajar lelaki, terbakar dalam kejadian malam tadi.
Semua pelajar bagaimanapun dilaporkan selamat kerana ketika kejadian mereka berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak.
Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.43 malam sebelum 40 anggota bersama lapan jentera bomba dikejarkan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan asrama lelaki sekolah itu dan berjaya dikawal pada 9.40 malam. Ia mengakibatkan kemusnahan sebanyak 80 peratus bahagian asrama berkenaan.
“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan selamat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Seorang saksi, Muzelysham Mustafa, 51, yang tinggal berhampiran sekolah tersebut, berkata anaknya terdengar penggera kebakaran berbunyi sebelum segera memaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu.
Beliau yang mengenali selok-belok kawasan sekolah itu kerana isterinya merupakan bekas guru di situ, segera ke blok asrama terbabit untuk memeriksa sekiranya terdapat pelajar di dalam bangunan, namun berasa lega apabila mendapati ia kosong.
“Saya dan anak lelaki saya turut cuba menggunakan alat pemadam api yang ada untuk mengawal kebakaran, namun api marak terlalu cepat,” katanya memetik laporan Bernama.
Seorang lagi saksi, Muhamad Adha Mikail, 17, berkata beliau sedang mengambil wuduk di surau blok lain sebelum terdengar bunyi kaca pecah dan ternampak api di bangunan asrama yang didiaminya.
“Saya kemudian masuk semula ke dalam surau dan memaklumkan kepada pelajar lain sebelum warden asrama menekan loceng penggera kecemasan,” katanya.
Kesemua pelajar kemudian berlari dari surau ke kawasan selamat iaitu di tapak perhimpunan sekolah.
Sementara itu, sebahagian ibu bapa kepada 91 pelajar terbabit mula hadir ke sekolah untuk membawa pulang anak masing-masing sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm