Berita Berita
Najib kecewa prosiding kes Titah Adendum masih berlarutan - Peguam

KUALA LUMPUR 29 April - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan kelewatan dalam prosiding kes berkaitan titah adendum, yang menurut peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, telah mengambil masa lebih setahun lima bulan tanpa penyelesaian.
Muhammad Shafee berkata kelewatan ini sekali gus ‘menganggu’ keadilan buat Najib yang sepatutnya sudah boleh menjalani hukuman penjara sebagai tahanan rumah, memandangkan titah itu sudah diperkenankan sejak awal Januari 2024.
Menurut beliau, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membenarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat rayuan terhadap kes semakan kehakiman adalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana prosiding-prosiding seterusnya dijangka mengambil masa panjang sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Anak guam kami amat kecewa kerana setelah lebih setahun empat bulan menunggu, prosiding ini sekali lagi ditangguhkan.
“Sedangkan kita tahu dengan jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, iaitu Sultan Pahang sekarang telah pun mengesahkan wujudnya adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani hukuman di rumah, bukannya di penjara,” katanya pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Muhammad Shafee turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, dalam dua ucapan terbuka, pernah mengakui adanya titah adendum tersebut walaupun menyatakan dokumen itu kini berada dalam simpanan pihak lain.
“Memandangkan adendum itu memang wujud, saya dan klien saya tidak faham mengapa masih ada dolak-dalik berhubung kesahihannya.
“Yang menjadi persoalan utama ialah mengapa semakan penuh terhadap addendum itu masih tidak dibenarkan? Ini seolah-olah menunjukkan wujudnya usaha untuk menyembunyikan sesuatu, dan perbuatan itu tidak sah dari sudut undang-undang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Shafee turut menyatakan pasukannya sedang merancang tindakan undang-undang terhadap individu-individu tertentu yang didakwa terlibat dalam isu tersebut.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm