Berita Berita
Pasangan pura-pura jadi pelanggan sebelum lesap bawa lari emas RM100,000 di Shah Alam

SHAH ALAM 29 Apr – Polis kini giat mengesan dua individu, termasuk seorang wanita, yang dipercayai melarikan dua bentuk cincin dan tiga rantai emas dari sebuah kedai emas di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan bermula susulan laporan yang dibuat oleh pekerja kedai berkenaan pada jam 4.55 pagi semalam.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, pengadu didatangi sepasang warga tempatan yang berpura-pura mahu membeli barang kemas sekitar jam 4 petang.
"Ketika sibuk mengambil pelbagai barangan emas untuk ditunjukkan, suspek wanita mengambil beberapa barang kemas tanpa disedari.
"Kehilangan barang kemas berkenaan hanya disedari selepas pasangan berkenaan beredar dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek wanita mengambil barang kemas semasa pengadu sedang leka.
"Antara barangan yang dicuri ialah dua bentuk cincin dan tiga rantai tangan emas dengan anggaran berat keseluruhan 244.08 gram, membabitkan kerugian sekitar RM111,743.55," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Iqbal berkata, suspek lelaki dilaporkan memakai topi merah dan cermin mata hitam, manakala suspek wanita memakai topi putih dan pelitup muka.
Katanya, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Prabagaran Nair di talian 011-26394419.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm