Berita Berita
JPP PKR ingatkan calon salur aduan pemilihan secara rasmi, bukan di media sosial

KUALA LUMPUR 29 April - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menegaskan bahawa mana-mana anggota parti yang tidak berpuas hati berhubung perjalanan Pemilihan PKR 2025 perlu mengemukakan aduan melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Pengerusi JPP, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, sebarang bantahan atau dakwaan salah laku yang dibuat di luar saluran rasmi, termasuk melalui media sosial, tidak dapat diteliti atau diambil tindakan kerana tidak disertakan dengan bukti mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Aduan mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025, lengkap dengan bukti. Hanya dengan cara itu kita dapat ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Semarak Aidilfitri Bersama Rakan Media 2025, malam tadi.
Beliau mengulas tindakan segelintir calon yang memilih untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pemilihan menerusi media sosial.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh mengumumkan bahawa pemilihan jawatan peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang telah berlangsung antara 11 hingga 20 April lalu. Pemilihan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan AMK Pusat (MPAMKP) pula dijadualkan berlangsung pada 24 Mei depan.
Projek J. Satine: DBKL Akan Adakan Libat Urus Dengan Pemaju dan Pembeli
Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak pemaju dan pembeli berkaitan projek pembangunan bercampur J. Satine di Wangsa Maju.
Katanya, pertemuan tersebut penting bagi memberi pencerahan dan jaminan kepada semua pihak yang terkesan, susulan insiden keretakan yang berlaku di Blok C projek berkenaan sebelum ini.
DBKL sebelum ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pembangunan bagi blok SOHO serta Blok A dan B diteruskan berdasarkan laporan perunding bebas bertarikh 24 Februari lalu, yang disediakan oleh jurutera profesional bertauliah. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm