TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lepasan SPM cemerlang hafaz al-Quran diberi keutamaan tajaan MARA ke luar negara

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 29 April – Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dan turut menghafaz al-Quran bakal menerima keutamaan untuk pembiayaan pengajian ke luar negara oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Pelajar cemerlang SPM yang hafaz al-Quran akan diberikan keutamaan oleh Mara untuk dibiayai pengajian mereka ke luar negara dalam bidang-bidang strategik profesional,” katanya.

Beliau turut memberi respon positif terhadap komen yang ditinggalkan seorang pengguna Facebook, Aizuddin Danian, yang mencadangkan agar pelajar yang terpilih bukan sahaja diuji kemampuan hafazan, tetapi juga kefahaman terhadap mesej al-Quran.

“Mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam al-Quran harus diiktiraf dan digalakkan. Bukan sahaja hafal, apabila anda menemu bual mereka, sila tanya mereka soalan.  

"Soalan yang akan menunjukkan mereka memahami mesej al-Quran dan bagaimana mereka menjalani kehidupan mengikut al-Quran. Inilah jenis pemimpin masa depan yang kita mahukan di Malaysia,” katanya.

Mengulas pandangan tersebut, Asyraf Wajdi berkata beliau berterima kasih atas cadangan bernas itu dan menyarankan agar Mara turut meneliti dan mengambil perhatian terhadap aspek berkenaan. - Media Telus

 

+ - reset