TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM fokus pelaburan teknologi risikan kewangan, AI bendung jenayah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperhebat pelaburan dalam sistem risikan kewangan, pembangunan teknologi pengesanan berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta memperketat pelaksanaan audit pematuhan di institusi kewangan, bagi membanteras jenayah kewangan yang semakin kompleks seiring era digital.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata langkah itu juga melibatkan kerjasama erat bersama institusi kewangan, agensi kawal selia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguat kuasa lain, bagi membina ekosistem pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram yang kukuh serta menyeluruh.

"Seiring dengan peredaran masa dan ledakan teknologi digital, landskap jenayah rasuah dan kewangan turut berevolusi, membabitkan penggunaan aset digital, pelaburan palsu, transaksi rentas sempadan serta struktur korporat yang kompleks," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penjenayah kewangan yang licik dan manipulatif memanfaatkan kelemahan sistem penguatkuasaan dan perundangan, untuk membentuk rangkaian jenayah terancang dan sistematik yang boleh menggugat kestabilan negara.

Azam berkata demikian ketika berucap di Program Menembak Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Compliance Officers Networking Group (CONG) Tahun 2025 di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), semalam.

Tambah beliau, SPRM juga komited membantu negara menghalang aliran keluar wang haram dan memulangkan semula harta negara yang telah dicuri. - Media Telus

+ - reset