TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM kesan pegawai kerajaan terbabit pencerobohan tanah Raub – Azam Baki

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 29 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti senarai individu termasuk pegawai kerajaan yang disyaki terbabit dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut Azam, walaupun tiada tangkapan dibuat setakat ini, siasatan masih giat dijalankan dan usaha mengesan mereka yang terlibat sedang diteruskan, termasuk individu yang pernah bertugas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah.

“Kita ada dalam senarai (individu terbabit). Kalau kejadian ini berlaku kira-kira 10 tahun lepas, kemungkinan ada pegawai yang sudah berpencen. Itu antara cabaran besar pegawai penyiasat untuk menjejaki dan menyemak latar belakang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Tambah Azam, SPRM turut memberi fokus terhadap bagaimana pencerobohan itu dilakukan, termasuk siasatan terhadap peneroka terlibat dan proses pemberian tanah yang mencurigakan.

“Keadilan dalam proses siasatan ini adalah penting,” tegas beliau.

Majlis turut dihadiri Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali. - Media Telus

+ - reset