Berita Berita
Najib terus diuji, perjuangan di mahkamah makin sukar - Puad

KUALA LUMPUR 29 April - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan perjuangan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan keadilan melalui sistem kehakiman sebagai semakin sukar, susulan keputusan terbaharu Mahkamah Persekutuan semalam.
Kenyataan itu dibuat selepas mahkamah tertinggi negara membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Peguam Negara untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang berkait dengan dakwaan wujudnya titah adendum membolehkan Najib menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
"Bukan setakat kecewa tetapi ahli-ahli UMNO dan mereka yang menyokong keadilan wajar berkecil hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.
"Ia menguatkan lagi dakwaan bekas Hakim Besar Malaya Abdul Rahman Sebli bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil.
"Maknanya Najib terpaksa tunggu lagi lama. Kita hairan kenapa Peguam Negara baru meneruskan tindakan Peguam Negara lama," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Puad turut menyatakan bahawa Najib kini terpaksa membuktikan kewujudan *titah adendum* itu di mahkamah, meskipun perkara tersebut telah diakui oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib terpaksa berjuang di Mahkamah membuktikan titah adendum wujud. Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) mengakui kewujudannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pasukan Pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa anak guamnya kecewa dengan penangguhan proses mahkamah, yang menurutnya telah berlarutan lebih setahun empat bulan.
"Dia kecewa dalam erti kata bahawa ini akan melambatkan lagi proses mahkamah. Sebab ia dah setahun empat bulan.
"Kita pun dah tahu amat jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 iaitu Sultan Pahang telah pun menjelaskan memang ada adendum yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara di rumah," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim sebulat suara membenarkan permohonan Peguam Negara berdasarkan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Panel itu bersetuju bahawa persoalan yang dibangkitkan memenuhi syarat ambang untuk rayuan didengar.
Mengulas lanjut, Puad berkata Najib kini hanya boleh menunggu sehingga Julai 2025 untuk prosiding seterusnya.
“Tetapi setelah berjaya, Najib terpaksa pula tunggu hingga Julai 2025. Najib sukar berjuang melalui mahkamah,” katanya.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm