Berita Berita
Kerajaan Selangor salur bantuan sewa rumah RM6,000 kepada mangsa kebakaran oaip gas Putra Heights

BANTING 29 April – Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan bayaran sewa rumah selama tiga bulan berjumlah RM6,000 kepada lebih 150 keluarga mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah, berkata jumlah penerima bantuan dijangka terus meningkat selari dengan proses siasatan pihak berkuasa yang sedang berjalan.
"Bantuan RM2,000 sebulan ini disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui pemindahan terus ke akaun bank mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Krematorium Moden Kampung Sungai Buaya, Kuala Langat, hari ini.
Beliau menambah, arahan untuk mempercepatkan pembayaran dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagi memastikan mangsa dapat segera menyewa kediaman sementara.
Sebelum ini, Amirudin memaklumkan seramai 396 ketua isi rumah terlibat layak menerima bantuan sewa selama enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan, susulan kebakaran pada 1 April lalu.
Bantuan Pembinaan Rumah Masih Dalam Kajian
Mengulas lanjut, Borhan berkata, kerajaan negeri kini meneliti bentuk bantuan untuk pembinaan semula rumah yang terjejas.
"Perkara ini sedang dibincangkan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi berkaitan. Menteri Besar akan mengumumkan perinciannya nanti kerana kerosakan rumah berbeza-beza — ada yang musnah sepenuhnya, ada yang mengalami kerosakan kecil," katanya.
Insiden kebakaran itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas.
Projek Krematorium Moden Dimulakan
Dalam perkembangan berasingan, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, memaklumkan bahawa pembinaan krematorium moden di Kampung Sungai Buaya akan bermula hujung tahun ini dengan tempoh pembinaan selama 18 bulan.
Projek bernilai RM5 juta itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 0.404 hektar, lengkap dengan tiga unit tempat pembakaran berteknologi moden yang menitikberatkan kecekapan operasi, keselamatan dan kelestarian alam sekitar. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm