TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar Orang Asli cemerlang SPM ditawarkan biasiswa Penuh MARA - TPM Zahid

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 April - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah diarahkan untuk menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar Orang Asli yang memperoleh 5A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai pengiktirafan terhadap kegigihan dan ketekunan pelajar Orang Asli yang cemerlang.

"Semoga inisiatif ini membuka lebih banyak peluang dan membina masa depan lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli. Insya-Allah," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam video yang dimuat naik bersama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bahawa seramai 1,932 pelajar Orang Asli menduduki SPM baru-baru ini, dan 87 orang daripadanya berjaya memperoleh keputusan 5A atau lebih.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian ini harus dihargai dengan sokongan menyeluruh, termasuk pemberian biasiswa agar golongan tersebut tidak ketinggalan dalam pendidikan tinggi. - Media Telus

+ - reset