TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja maut jatuh dari tingkat 39 kondominium di Sungai Besi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 April – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 39 sebuah kondominium di Sungai Besi dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Mangsa yang merupakan pelajar jurusan penerbangan di sebuah akademi swasta di ibu kota dan beralamat di Semenyih, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala, anggota badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.53 malam.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup di kawasan ruang legar tingkat 38 tempat mangsa menyewa bilik mendapati mangsa keluar dari rumah melulu berlari seorang diri menuju ke ruang tangga tingkat 39.

“Kemungkinan mangsa terjatuh dari situ. Kawasan tersebut ada kesan pecahan cermin tingkap dan telefon peribadi mangsa ada di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, siasatan mendapati mangsa terjatuh lalu terhempas ke atas bumbung sebuah kereta yang diparkir di hadapan restoran berhampiran bangunan berkenaan.

Mengulas lanjut, Aidil berkata, hasil rakaman percakapan abang kepada mangsa memaklumkan bahawa adiknya itu merupakan seorang yang pendiam, tidak mempunyai teman wanita dan tidak pernah berkongsi masalah dengan sesiapa.

“Mangsa tidak mempunyai masalah peribadi dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Mangsa merupakan seorang yang pendiam dan tidak suka berkongsi masalah dengan sesiapa. Mangsa tidak mempunyai teman wanita dan tidak mempunyai masalah kemurungan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat lanjut. Beberapa sempal DNA diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis,” katanya.

+ - reset