Berita Berita
Pelajar perempuan maut, kemalangan motosikal rempuh lori di Melaka

MELAKA 30 April - Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas motosikal yang diboncengnya merempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Pantai Belimbing, dalam kejadian menyayat hati yang berlaku petang Selasa.
Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam ketika menerima rawatan di Hospital Melaka, setelah lebih lima jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam insiden itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 3 petang melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo S yang ditunggangi rakan sebayanya, juga seorang pelajar perempuan. Hasil siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh bahagian hadapan kanan lori yang sedang bergerak selepas lampu bertukar hijau.
Difahamkan, lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun sedang dalam perjalanan dari Krubong Perdana ke Krubong. Motosikal pula datang dari arah SMK Krubong menuju ke Taman Krubong Permai ketika insiden berlaku.
Akibat rempuhan tersebut, pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan kiri, patah kaki kanan serta kecederaan dalaman yang membawa kepada kematiannya di hospital. Penunggang motosikal pula mengalami kecederaan di kepala serta luka di tangan dan kaki, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Christopher turut memaklumkan bahawa semua kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan teknikal. Lori turut ditimbang di JPJ Bukit Katil sebagai sebahagian daripada siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:56 am
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm