TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Empat individu termasuk Datuk Seri ditahan SPRM, disyaki buat tuntutan palsu RM360 juta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50 hingga 70-an yang ditahan antara jam 4 hingga 6 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai mengemukakan tuntutan palsu sekitar tahun 2016 hingga 2017.

“Tuntutan membabitkan dana sukuk untuk sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion,” katanya.

Difahamkan, tuntutan tersebut dikemukakan bagi mendapatkan pembayaran tidak sah yang berkait dengan projek infrastruktur terbabit.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan penahanan keempat-empat suspek tersebut.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman.

+ - reset